Hiburan By: Afiq Kandi June 28, 2023 @ 3:40pm

Gabungan Pemuzik Dari 3 Negara! Nusafest Kembali 8 & 9 Julai Ini

Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

NUSA FEST telah mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH, WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.

Pengarah Urusan Shiraz Projects, Sharizdeen Karim berkata penganjuran Nusa Fest bertujuan untuk mempromosikan budaya dan karya seni ketiga-tiga buah negara tersebut.

Malah, pihaknya turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung termasuk pengangkutan bas dan ruang parkir yang luas.

“Sedia maklum festival ini akan berlangsung 8 dan 9. Nusa itu berasal daripada perkataan nusantara yang mana saya ingin ketengahkan industri nusantara Malaysia , Indonesia dan Singapura.”

“Lokasi adalah ditengah Kuala Lumpur dan sesuai untuk adakan festival sebegini. Parkir juga disediakan  untuk pengunjung, ada juga shuttle bus dari KL Sentral sebanyak dua biji.”

Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas bersebelahan dengan pementasan tanpa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).

Berikut merupakan senarai akhir dan muktamad:

Malaysia
Wings
Search
Butterfingers
Kugiran Masdo
Salammusik
Forceparkbois
Iqbal M.
White Percussion Unit
Jemson
Budak Nakal Hujung Simpang
Gerhana Skacinta
Monoloque

Indonesia
Fourtwnty
Barasuara
Pusakata
Efek Rumah Kaca
Kelompok Penerbang Roket
The Changcuters
Burgerkill
Seringai
Diskoria
Dipha Barus
Ras Muhamad

Singapore
The Pinholes

Tiket kini boleh didapati dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 (untuk empat orang) melalui www.myticket.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 30 Nov 2018

Nick Jonas, Priyanka Chopra Kahwin ESOK?

Wedding Of The Year ini bakal dihadiri oleh kaum keluarga Jonas yang terbang dari Amerika Syarikat termasuk Joe Jonas dan tunangnya, aktres Britain, bintang ‘Game of Thrones’, Sophie Turner.

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Featured Thu, 15 Dec 2022
Acara Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Lawak Habis! Jom Tonton Aksi Wheely Dan Putt Putt Yang Mencuit Hati

Wheely membuktikan filem tempatan juga setanding filem luar yang mempunyai kualiti tersendiri dan penonton Malaysia perlu sokong karya sehebat Hollywood ini. Korang kena tengok ok, memang kelakar!

Hiburan Mon, 16 May 2022