Galak Muat Naik OOTD Setiap Hari, Seleksi Kebaya Nabila Huda Jadi Tumpuan

Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda, kerap berkongsi fotonya memakai baju kebaya ketika berada di New York.

Anak kepada penyanyi rock Datuk Amy Search memuat naik gambar-gambar terbabit di laman Instagram.

Apa yang lebih menarik adalah seleksi fesyen dan juga gaya rambut yang dikenakan oleh Nabila itu sendiri memukau dan menjadi tumpuan netizen yang menantikan foto terbaharu di Instagram setiap hari.

“Terpaling cun, vogue and glam lah Abil ni. Dahlah kita suka tengok kebaya berwarna hitam cun ni. Love sangat.

“Memang letup sangat. Hari-hari tengok Abil pakai macamni memang cun sangat,” komen netizen di salah sebuah gambar perkongsian Nabila.

Namun ada juga netizen yang mengharapkan agar Nabila memakai kebaya sambil berjalan-jalan di kota New York untuk melihat reaksi penduduk di sana.

“Dah boleh buat content berkebaya di tengah kota New York.

“Abil cuba kongsi video pakai baju kebaya ni masa kat bandar New York nak tengok reaksi orang-orang kat sana,” tulis warganet.

Ketika artikel ini ditulis, Nabila sudah pun mengenakan sebanyak lima pasang kebaya dan ia akan berterusan sehingga dia selesai membuat pengambaran di sana.

Terdahulu, Nabila pernah memuat naik gambar koleksi baju kebaya yang akan digayakan sepanjang berada di New York untuk pengambaran sebuah program masakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga Dengan Pakaian Tradisional, Nabila Huda Memilih Untuk Gayakan Kebaya Di New York – “30 Hari 30 Kebaya…”

Izzi Farhana