Categories: HiburanSelebriti

Gambar Wanita Mirip Emma Maembong Beraksi Lucah Tersebar?

Pelakon Emma Maembong terkejut dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengedit sekeping gambar menggunakan wajahnya.

Akui Emma, jika gambar berkenaan adalah dirinya sebenar dia tiada masalah untuk mengaku dan menafikan wanita dalam gambar tersebut bukan dirinya.

“ OK ada orang kasi Emma gambar ni. Agak-agak la nak edit pun adoi. Tak payah la korang nak buat dosa edit.

“ Nampak teruk edit tu. Benda senang saja, kalau salah saya, memang gambar saya, saya akan mengaku,” katanya.

Tambah Emma, apa yang lebih melucukan apabila gambar tersebut dilihat tidak asli kerana tengkuknya nampak ‘krem’.

“ Nampak sangat bukan gambar saya orang edit sampai tengkuk nampak krem, gigih betul orang yang edit tu.

“ Dari saya layan orang yang buat kerja bukan-bukan, baik saya layan anak buah,” katanya menerusi laman Instastory.

Nama Emma Maembong mula menjadi sebutan di sosial media selepas keputusannya menanggalkan hijab, baru-baru ini.

Laman Instagram Emma diserang netizen dengan kata-kata pedas namun Emma tetap positif dan sentiasa berlapang dada menerima kritikan.

SGMS Faida