Gara-Gara ‘Bitter’ Kecantikan Dibandingkan Dengan Zahirah Macwilson, Ruangan Komen Fathia Latiff Diserang Netizen – “Meroyan Apa Kau Ni!”

Selepas membuat kenyataan dirinya lebih cantik daripada aktres Zahirah Macwilson, pelakon Fathia Latiff mula menjadi perhatian dalam kalangan warganet.

Terbaharu, Fathia turut tampil mencabar Zahirah dan suaminya, Aiman Hakim Ridza untuk mengenakan saman terhadap tindakannya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (Igs).

Malah, Fathia juga telah menutup ruangan komen beberapa perkongsian yang berkaitan isu tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, setakat ini tiada sebarang tindakan atau kenyataan balas daripada pasangan selebriti tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Samakan Wajah Zahirah Macwilson Dengan Bibik, Fathia Latiff Cabar Failkan Saman Pula? Siap Banding ‘Layanan’ Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim!

Kurang senang dengan tindakan pelakon yang pernah membintangi drama Ariana Rose itu, sesetengah netizen tampil menyerang ruangan komen perkongsiannya yang lain.

Rata-rata netizen meluahkan rasa lega jodohnya bersama Aiman yang merupakan bekas kekasihnya tidak kesampaian dan membela Zahirah.

Malah, ada juga yang mendakwa Fathia bertindak sedemikian kerana masih belum ‘move on’ dengan kisah silamnya bersama Aiman.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin Panas! Sengaja Kongsi Gambar Kanak-Kanak Zahirah Macwilson, Netizen Anggap Fathia Latiff Makin Melampau – “Bersama Bibik Saya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zahirah Macwilson Terkilan Wajah Anak Dikeji, Selar Tuduhan Fathia Latiff – “Dia Tak Pernah Ganggu Hidup Awak!” 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Pernah Menang Award Tak? Konklusinya Saya Queen, Case Dismissed!”- Fathia Latiff Cetus Provokasi, Persoal Kredibiliti Zahirah Macwilson Dalam Industri Seni

Fatin Nurain