Gara-Gara Mulut Masin ‘Haters’, Syada Amzah Dapat Tawaran Menyanyi Di Luar Negara?

Semenjak kontroversi perbalahan antara adik-beradik menjadi perhatian, penyanyi Syada Amzah sering menerima kecaman dan kritikan daripada netizen.

Menerusi hantarannya di Instastory, susulan nyanyian ‘cover’ beberapa lagu luar negara yang dinyanyikan Syada turut mendapat komen berbaur negatif daripada netizen.

“Try hard nyanyi lagu luar dengan harapan viral dan dijemput ke negara tersebut. Lambert lagi dik,” komen netizen.

Namun, Syada menyelar kenyataan individu tersebut dan berkongsi bahawa dia bakal ke luar negara dipercayai mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu bahasa asing itu di sana.

“Hadiah birthday tahun ni. Baru January dah ada 3 negara! But saya dapat offer pergi negara yang merupakan salah satu bahasa saya dah cover.

“Syukur Alhamdulillah! Thank you haters. Tanpa mulut awak yang masin, saya tak dapat offer ni,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, Syada berterima kasih kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaannya.

“Of course thank you to my supporters sebab tak berhenti bagi kata-kata yang baik. Doa-doa yang baik. Semoga semua perkara baik berbalik pada awak dan keluarga,” ujarnya.

Maya Basir