Featured By: Salma Syahbuddin January 15, 2024 @ 4:37pm

Gara-Gara Skandal Rumah Tangga, Shuk Sahar Dedah Kereta Pernah Kena Ludah

Pelakon dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar mendedahkan sejak isu kontroversi rumah tangganya tular, ramai dalam kalangan masyarakat memandang serong terhadapnya.

Katanya menerusi video temubual podcast @okayletsgo.sg, dia pernah diludah oleh seorang mak cik ketika berhenti untuk menikmati hidangan char kuay teow di Pulau Pinang.

“Masa tu aku pergi makan char kuay teaw dekat Pulau Pinang. So, masa aku pergi adalah seorang mak cik ni baru sampai datang dengan famili.

“Dia nampak aku dekat meja, dia tengok aku sambil dia bercakap dengan anak dia. Reaksi muka yang benci,”katanya.

Dalam pada itu, Shuk juga tidak menyangka, mak cik tersebut sanggup bertindak sedemikian selepas mengetahui kereta tersebut adalah miliknya.

Menyedari tindakan tersebut menjadi perhatian orang ramai, Shuk bagaimanapun mengambil langkah berdiam diri dan tidak menghiraukan tindakan mak cik berkenaan.

“Aku parking kereta, dekat tempat meja aku makan. Masa mak cik tu nak gerak mungkin dia tahu itu kereta aku..dia ludah dekat kereta aku.

“Aku nak bangun nak marah..kes aku tengah meletup. Orang kedai tu pun pandang aku tak okay, aku pun tak buat apa-apa. Itu tahap ‘cancellation’ Malaysia,”jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan berkenana, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan apatah lagi dia seharusnya menjadi contoh teladan untuk semua.

Sekadar info, Shuk dan Rossa Sera pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015, namun kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada Mac 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dengan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Dec 2019

Ayah Sarung Kostum Arnab Duduk Tepi Jambatan Sambil..

Ramai yang pilu melihat akan situasi ini

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Fri, 25 May 2018

Leher Anda Hitam? Gunakan Buah Betik Untuk Hilangkannya!

Atasi masalah kulit leher hitam dengan menggunakan buah betik sahaja!

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Trending Sun, 7 Apr 2019

Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Ada Cerita Di Sebaliknya

Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain.

Hiburan Thu, 2 May 2019

Demi AMBU, Laudya Cynthia Bella Belajar Hidup Tanpa Telefon!

Tambah isteri kepada Engku Emran ini, dia juga teruja berkesempatan dapat menikmati pengalaman mandi dari sumber air sungai setiap hari.

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Lima Penyanyi Warnai Mini Album Nur 2, Siapakah Mereka?

Tengok barisan penyanyi yang bakal bawakan lagu Nur 2, tak sabar dibuatnya!