Featured By: Salma Syahbuddin August 11, 2023 @ 5:00pm

Genap 2 Tahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Ayash Menangis Dalam Tidur – “Mungkin Dia Rindu Ibunya”

Pelawak dan penyampai radio popular, Shuib berkongsi anak bongsunya, Ayash Affan yang dilahirkan tanpa kehadiran seorang ibu disisi mengalirkan air mata ketika sedang tidur.

Kejadian yang berlaku pada malam tadi dimaklumkan Shuib selepas ditanya mengenai perkembangan anak bongsunya itu.

Menurut Shuib, sudah genap dua tahun pemergian Sarah dan anak-anaknya tidak pernah melupakan ibu mereka.

“Mata Ayash tutup ketika tidur tetapi air matanya mengalir. Kejadian itu berlaku malam tadi. Mungkin dia merindui arwah ibunya.

“Arwah Siti Sarah sentiasa dalam hati saya dan anak-anak. Sudah menjadi rutin kami untuk menitipkan doa buat arwah setiap hari sebelum tidur.

“Selepas solat Isyak, malam Selasa lalu, saya bertanya Talita esok (9 haribulan) hari apa dan dia terus beritahu mengenai genap dua tahun pemergian arwah ibunya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Ketika ditanya mengenai Watie,  Shuib hanya mampu bersyukur kerana wanita itu banyak membantunya dalam menguruskan anak-anak.

Malah, selain menjadi ‘mummy’ kepada anak-anaknya menumpang kasih, wanita itu juga sangat memahaminya.

“Apa yang penting, perkembangan kesihatan mental anak-anak yang semakin membesar baik dan positif dengan kehadiran Watie dalam hidup kami sekeluarga.

“Malah, anak saya, Matin juga sangat rapat dan melekat dengan Watie sampai saya pula berasa seperti dipinggirkan,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Watie Hanifiah Dedah Shuib Pernah Hampir ‘Give Up’, Menangis Fikir Anak-Anak- “Dalam 24 Jam Tu, 1 Jam Je Dia Okay”

Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi bersempena genap dua tahun pemergian arwah, majlis tahlil akan dilakukan bersama sambutan hari keluarganya.

“Kami buat sambutan hari keluarga dan majlis tahlil untuk arwah kerana saya tahu arwah memang suka buat majlis yang mengeratkan hubungan kekeluargaan seperti ini.

“Selain itu, saya juga merancang untuk bawa anak-anak untuk melawat ke kubur arwah ibu mereka hujung minggu ini,” ujarnya.

Sekadar info, pada 9 Ogos lalu genap dua tahun pemergian Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Siti Sarah dan Shuib dilaporkan positif COVID-19 sejak 25 Julai 2021 selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut. Dan, kemudian Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.
Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 2.
Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Apr 2018
Featured Tue, 6 Nov 2018

Menurut Kajian, Makan Buah Pir Berkulit Merah Boleh Cantikkan Kulit

Lagi banyak makan, lagi cantik kulit anda!

Featured Fri, 26 Aug 2022

Sokong Guna Kanabis Untuk Perubatan, Caprice Siap Cadang Buat New Weed Order!

Confirm masalah Malaysia settle bila wakil rakyat ‘tenang’ – Caprice

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Mon, 2 Dec 2019

Dikecam Kerana ‘Seksi’, Jasmine Suraya Pernah Gemuk Dan Tak Basuh Rambut 3 Bulan?

Mungkin, kalau memakai ‘bustier’ di dalam akan tampak lebih sopan tetapi masih ‘fashion forward’.

Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] “Rendahkan Diri Dengan Suami, Kekal Humble Walau Tinggi Mana Pun…” – Amyra Rosli

Tak semua wanita ada mindset macam ni 🫡 Cayalah Amyra ✌🏻🥰