Featured By: Aqilah Paharuzi August 16, 2023 @ 5:38pm

[VIDEO] “Rendahkan Diri Dengan Suami, Kekal Humble Walau Tinggi Mana Pun…” – Amyra Rosli

Pelakon dan pengacara Amyra Rosli berkongsi kisah di sebalik perkahwinannya bersama aktor Amar Baharin menerusi temubual bersama aktres Tya Arifin.

Melalui bahtera perkahwinan bersama Amar selama tujuh tahun, Amyra mengakui dia seorang isteri yang berdikari, namun akhirnya akur kepada permintaan suami yang mahu isteri bergantung kepadanya.

“Saya dengan Amar pasangan yang dominant. Macam harimau jumpa singa. Contoh, saya nak buat sesuatu tapi suami tak bagi. Tapi saya tahu saya sangat independent.

“Suami akan terasa macam ‘kenapa tak nak bergantung dekat aku, aku kan suami kau’. Tapi lepastu saya pula rasa yang saya tak nak susahkan dia, biar saya buat.

“Tapi bila dah lama-lama, saya cuba untuk memahami seorang suami memang nak isteri itu bergantung kepada dia,” katanya.

Amyra Rosli

Sementara itu, aktres drama rantaian popular Nur ini turut sempat memberi pesanan kepada para isteri untuk merendahkan diri, walau tinggi mana pencapaiannya dan menurunkan ego dengan sentiasa memohon maaf.

“Kalau dia marah, saya diamkan diri bagi dia tenang. Tak ada macam, dua-dua nak naik angin. Kita jadi kawan, jangan kongkong pasangan kita.

“Dan jangan biarkan pergaduhan tu terlalu lama, sangat tak bagus. Kalau boleh sebelum tidur kita kena berbaik.

“Mungkin kalau berbaik dalam waktu terdekat, akan ada rasa tak puas hati tapi tak apa yang penting mulut kena selalu minta maaf terutamanya isteri.

“Kita kan nak reda suami. Sebagai isteri walau tinggi macam mana pun, jadi humble dan rendahkan diri dekat suami,” tuturnya.

@mutyarabeauty_hq

Disebalik kisah perkahwinan Amyra Rosli Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, Sehebat dan setinggi mana kerjaya kita, Jangan sesekali membelakangkan para suami. #tyaarifin #jamumutyara #podcast #bloopers #fyp #fypシ

♬ Cena Engraçada e Inusitada – HarmonicoHCO

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 130,000 tontonan, 11,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Sekadar info, Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 5 dan Ayra Aryssa, 3.

Artikel Berkaitan: Cantik & Sopan Bertudung Labuh, Penampilan Amyra Rosli Dipuji – “Bidadari Amar Baharin”

Artikel Berkaitan: Amar Baharin Tak Tumpang Tuah Amyra Rosli – “Saya Tetap Suami Yang Kena Bagi Nafkah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Mar 2018

Bijak dan Popular, Ini Senarai 8 Selebriti Tempatan Yang Pernah Mendapat Keputusan Cemerlang SPM!

Istimewa sempena bahang result SPM, Hijab & Heels  menyenaraikan kembali 8 selebriti dan anak selebriti yang pernah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM!

Featured Sat, 12 Aug 2023
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

Trending Tue, 10 Sep 2019

You Get Haze! You Get Haze! Everyone Gets Haze!

Malaysia has only got four seasons; raya, monsoon, durian and HAZE!

Featured Sat, 9 May 2020

Ketahui rahsia ‘air tangan’ Che Nom, semua tampak sedap!

Video langkah demi langkah jadi rujukan ramai

Hiburan Sat, 14 Jul 2018