Featured By: Attiqah Mohd March 15, 2021 @ 12:31am

“Gila” Buat Kejutan Jadi Juara, Ini Keputusan Penuh AJL35

Sebanyak 12 finalis berentap di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Malam kemuncak AJL35 turut menggandingkan pengacara trio iaitu Sherry Al Hadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari.

Pada tahun ini, anugerah berprestij ini telah dikendalikan tanpa penonton dengan kepatuhan SOP yang ketat.

Persembahan AJL35 malam ternyata memberi kejutan apabila lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki & Loca B berjaya menjulang trofi kemenangan AJL35.

Berikut merupakan keputusan penuh pemenang AJL 35 menerusi lagu yang dipertandingkan.

Anugerah Juara Lagu
Lagu: Gila
Penyanyi: Kaka Azraff, Noki & Loca B
Komposer & Penulis Lirik: Noki, Loca B & Ezra Kong

Naib Juara
Lagu: Semalam
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer & Penulis Lirik: Aina Abdul

Tempat Ketiga
Lagu: Belenggu Rindu
Penyanyi: Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah
Komposer & Penulis Lirik: Hael Hussaini & Ezra Kong

Vokal Terbaik
Lagu: Gundah
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer / Penulis Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul

Persembahan Terbaik

Lagu: Eh
Penyanyi: Zizi Kirana
Komposer / Penulis Lirik: Navigator, Zizi Kirana & Mambang

Antara artis jemputan yang turut membuat persembahan adalah Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Misha Omar, Hazama, Akim Ahmad dan Siti Nordiana.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh sembilan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Siaran ulangan AJL 35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut Anugerah Juara Lagu 35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur.

Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #AJL35 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Feb 2018

HANYA SETAHUN, HEFNY REDHA…

Peluang mengendalikan program itu biarpun semusim menjadi pengalaman berharga dan saya amat bersyukur…

Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Mon, 30 May 2022

“Saya Mahu Dia Dianggap Sebagai Seseorang Yang Saya Hargai” – MK K-Clique Masih Belum Berkahwin

MK mengaku belum berkahwin namun mempunyai seseorang yang dia hargai didalam hidupnya.

Events Mon, 2 Mar 2020

“Senyuman Saya Malam Tadi Lebih Dipaksa Dari Biasa” Bapa Ashraf Sinclair Akui Masih ‘Sakit’

Kalau ibu Allahyarham Ashraf Sinclair masih belajar mahu menerima kehilangan anak sulungnya, bapa Ashraf, Mohamed Anthony John Sinclair pula mengakui kehilangan anaknya itu cukup memberi impak yang besar dalam dirinya. “Kehilangan. Itu yang mampu diungkapkan

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

EXO vs. BTS: FIFA World Cup 2018 Battle a Draw

The conclusion is…neither won nor lost.

Trending Thu, 1 Jul 2021
Hiburan Mon, 20 Mar 2023
Featured Sun, 13 Feb 2022

| Live TV