Hadiri Acara Fesyen Di Eropah, Hael Husaini Kongsi Foto Bersama Jae Hyun… Netizen Tak Senang Duduk!

Penyanyi Hael Husaini berkongsi beberapa keping foto menghadiri sebuah acara fesyen jenama antarabangsa di Eropah.

Dijemput memeriahkan minggu fesyen antarabangsa yang berlangsung di beberapa negara Eropah sepanjang bulan Jun, Hael memuat naik fotonya bersama selebriti dari Korea Selatan yang mempunyai jutaan peminat, Jeong Jae Hyun yang merupakan ahli kumpulan NCT.

Foto tersebut telah meraih perhatian netizen yang rata-ratanya cemburu melihat Hael berswafoto dengan Jae Hyun di acara tersebut.

“OMG Hael & Jae Hyun in one picture.

“Untungnya jumpa Jae Hyun.

“Dengan Jae Hyun sekali kau tapau bang.

“Eleh setakat macamni aku pun takde,” tulis netizen.

Hael juga turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama beberapa selebriti antarabangsa lain yang hadir seperti Troye Sivan dan Li Xian.

Difahamkan, ini merupakan kali ketiga Hael diundang ke Italy bagi memenuhi jemputan beberapa jenama terkenal antarabangsa seperti Prada, Zegna, MCM dan Ralph Lauren.

Lawatan Hael ke negara Eropah pada kali ini mendapat jemputan eksklusif jenama yang tidak asing lagi, Fendi bersama beberapa selebriti antarabangsa.

Hael juga kelihatan duduk di barisan hadapan selain meluangkan masa bersama pengarah kreatif Fendi iaitu Silvia Venturini Fendi.

Selepas Milan, Hael juga akan terbang ke Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen beberapa jenama antarabangsa lain pada minggu ini.

Izzi Farhana