[VIDEO] Berpelukan Sebelum Berangkat Ke China, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Diusik Netizen Macam Siblings Gara-Gara Beza Ketinggian – “Ni Mesti Hantar Adik Kan?”

Tular sebuah video seorang atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang memeluk suaminya, pelawak, Jiggy Masin sebelum terbang ke China di atas tuntutan kerja.

Video itu telah dikongsi oleh Dhabitah sendiri menerusi kemas kini terbaharunya di Instagram.

“Holding back my tears. Tunggu saya balik okay sayang. Saya nak pergi berjuang,” tulis Dhabitah menerusi kapsyen.

Namun video tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya mengatakan bahawa mereka seperti adik-beradik kerana perbezaan ketinggian yang sangat ketara.

“Ni mesti hantar adik kan? Adik sambung belajar kan? Abang dia kerja apa? Mesti buka kelas aerobik kan?

“Comelnya macam adik-adik je lupa tu bini dia

“Comelnya kecil je kak Dhabitah. Macam abang adik je tengok,” tulis netizen di ruangan komen.

Dhabitah dan Jiggy telah mendirikan rumah tangga pada 28 April yang lalu di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga rapat sahaja.

Izzi Farhana