Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019, Tahniah!

Menepati ramalan ramai, gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019 dirangkul oleh Haneesya Hanee. 

Gadis manis berusia 18 tahun ini mula mencuri tumpuan orang ramai dengan keyakinannya sekaligus menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri.

Tempat kedua disandang oleh Tia Sarah manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. 

Kelima-lima finalis ini diberi tugasan antaranya menari, membuat video Public Service Announcement (PSA) selama 30 saat serta sesi Q&A bersama soalan yang diutarakan oleh pengacara, Scha Alyahya.

Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.

Di episod akhir ini, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.

Tahniah kami ucapkan kepada kesemua 12 finalis yang bertanding dalam Pencarian Dewi Remaja 2018/19 kali ini. Good Luck dalam karier selepas ini, ladies! 

SGMS Faida