‘Stop Kecam Dia Okay, Dia Tak Salah’- Isteri Tauke Jambu Minta Maaf Atas Dakwaan Suami Curang

“ Sekali lagi, saya mohon maaf kepada Tauke Jambu,” tulis isteri kepada pelawak terkenal itu di laman Instagram.

Susulan terdahulu, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Mohd Effendi membuat kenyataan mereka sudah berpisah selepas mendakwa suaminya bermain kayu tiga.

Akui Nadia, dia menarik balik apa yang telah ditulisnya sebelum ini dan memohon maaf atas apa yang terjadi.

“ Here I want to say sorry to Tauke Jambu, ya betul saya yang salah dalam semua hal, dia tak salah apa, yang dia katakan itu semua betul.

“ Statement yang saya silap sebelum ini gara-gara terlalu ikutkan hati baran, so you guys stop kecam dia okay, dia tak salah,” katanya.

Mengaku akibat terlalu marah, Nadia membuat kenyataan dia dan suaminya sudah berpisah pada 5 Januari lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 9 Disember 2017 dan memiliki anak perempuan, Zamatul Khayla Aydina yang lahir pada 26 Oktober 2017.

SGMS Faida