Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Gara-gara sekeping gambar yang dimuatnaik tanpa hijab di Instagram, nama pengacara Neelofa menjadi sebutan sejak semalam.

Akui pengacara terkenali itu, foto itu sepatutnya dikongsi untuk teman rapat dan bukan untuk tatapan umum.

Tulisnya ringkas, “Foto itu sepatutnya (dikongsi) dengan teman rapat. Maaf jika membuatkan semua terkejut”.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor membuat kenyataan sejurus tersalah memuatnaik gambar berkenaan.

Dalam foto itu, Neelofa dilihat sedang memakai topeng wajah tanpa bertudung, namun dipadamkan tidak lama selepas itu.

Menerusi foto itu, Neelofa turut menyertakan keterangan, suntikan steroid membuatkan kulitnya kering dan wajahnya membengkak.

SGMS Faida