Hannah Yeoh Tak Ambil Hati Netizen Edit Gambar Jadi Meme Kelakar – “Kami Sporting, Kreativiti Luar Biasa”

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat lawatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Hannah di Twitter, dia bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim turun padang untuk mendengar taklimat daripada dua agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut Hannah, dia berpeluang untuk melihat keadaan padang di sana dan turut akan berusaha untuk menambah baik kualiti padang dengan teliti.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang mencuri perhatian warganet antaranya adalah gambar Hannah dan Adam disunting oleh netizen menjadi meme kelakar.

Menyedari perkara tersebut, Hannah langsung tidak terasa hati malah memuji kreativiti netizen yang menyunting foto mereka.

“Belia Malaysia ini sangat kreatif buat memes gambar saya dan Adam Adli melawat Stadium Bukit Jalil meneliti keadaan padang di sana. Tak apa kami sporting. Kreativiti luar biasa,” tulisnya

Dharnieya Nur Amelsa