Hanya Mimpi Beri Inspirasi Buat Caliph Buskers

Hanya Mimpi merupakan single terbaru Caliph Buskers yang pastinya memberikan mereka  inspirasi dalam menghasilkan karya mereka sendiri. Mengakui mengambil sedikit masa dalam menyesuaikan diri dengan perubahan yang dibawakan menerusi lagu ini, Azmi berkata Hanya Mimpi berkisarkan tentang perjalanan karier seni mereka sejak bermula sebagai pemuzik jalanan lagi.

Menurut Azmi selaku vokalis kumpulan, ini adalah masa yang sesuai untuk  berdikari dan tidak mengharapkan karya daripada komposer lain untuk meneruskan karier nyanyian mereka.

” Sebagai penyanyi, kami memerlukan lagu baharu sebagai kesinambungan kerjaya. Namun, buat masa ini kami hanya memberi fokus terlebih dahulu kepada Hanya Mimpi. Masih ada beberapa demo dalam simpanan kami, kerana kami juga meletakkan sasaran untuk merakamkan sekurang-kurangnya satu tahun, satu lagi ciptaan sendiri.” 

Caliph Buskers ketika sidang media Majlis Pelancaran lagu dan Muzik Video Hanya Mimpi

Lagu hasil ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan itu walaubagaimana pun, memberi sedikit semangat baharu kepada kumpulan Caliph Buskers untuk mencuba pelbagai genre lagu. Termasuklah lagu-lagu berentak rancak.

” Kali pertama mendengar lagu ini, saya mengambil masa yang agak lama untuk menghayatinya kerana tidak pernah membawakan lagu rancak. Namun kami meletak sepenuh kepercayaan kepada karya Faithful Music kerana sebelum ini dengan lagu Balada. Katanya

Terdahulu, Caliph Buskers pernah muncul dengan single mereka seperti Hanya Namam-Mu, Kaulah Dia dan Buta.

Salma Syahbuddin