Harris Alif Tampil Dengan Single Terbaru, Terindah Buat Anak Tercinta

Penyanyi Harris Alif kini tampil dengan single terbaru berjudul ā€˜Terindahā€™ yang membawa seribu makna untuk dirinya memandangkan ia mempunyai kisah tersendiri.

Khas buat anaknya, Evie Khadeeja, Harris berkata dia mengalamai detik indah dan pengalaman menarik apabila mendapat berita tentang kehamilan isterinya, pelakon Intan Ladyana ketika merakam lagu itu.

ā€œSaya merakamkan lagu ini tak lama selepas saya kahwin, dan ketika merakamkannya juga, saya terima berita isteri saya hamil cahaya mata pertama kami.

ā€œWalaupun terjadi secara kebetulan, namun saya memilih untuk mendedikasikan lagu ini untuk anak saya. Tak dapat digambarkan betapa saya berasa terharu dan gembira ketika mula-mula tahu yang saya bakal menimang cahaya mata ketika itu,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Harris menyifatkan rezeki bergelar bapa bukanlah satu perkara biasa atau kecil-kecilan, tambahan ia adalah kali pertama berlaku dalam hidupnya.

ā€œPada pendapat saya, rezeki memiliki anak bukanlah satu kegembiraan yang biasa, tentunya ia menjadi kemanisan yang luar biasa. Tambahan lagi bait lirik lagu ini memang indah, jadi saya rasakan setiap perkara bergabung dengan sempurna,ā€ katanya lagi.

Harris juga berharap agar buah tangan terbarunya diterima baik oleh para peminat dengan menikmati kisah penceritaan serta muzik videonya.

ā€œHarapan saya semoga orang ramai suka dengar lagu ini dan menonton muzik videonya. Untuk pasangan yang baru kahwin, saya harap mereka dapat mengaitkan kisah lagu ini dengan hidup mereka, terutamanya bagi yang baru memiliki cahaya mata seperti saya dan isteri,ā€ katanya menutup bicara.

Lagu Terindah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Nurul Hana