Categories: Hiburan

Hati Hans Isaac Tertutup Sudah …

Datuk Hans Isaac enggan memikirkan lagi soal mencari pengganti selepas putus tunang dengan bekas Ratu Cantik, Gabriella Robinson, Oktober lalu. kini hanya untuk kerjaya dan soal jodoh diketepikan buat seketika.

Pintu hati saya sudah tertutup buat masa ini untuk mencari pengganti,” 

“Hanya keluarga dan kawan-kawan sahaja yang tahu betapa patahnya hati saya selepas putus tunang. Memang sukar menerima hakikat itu, tetapi saya kena teruskan juga kehidupan.

“Saya memang tidak mahu jumpa orang dan seboleh mungkin enggan berada di ibu negara. 

Pelakon filem Buli dan J Revolusi itu juga dalam perancangan untuk ke London, United Kingdom, April tahun depan untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang teater.

“Selama ini, saya asyik fikir pasal orang. Lakukan semua benda hanya untuk memuaskan hati orang lain dan bukannya kepuasan diri.

“Saya sudah penat menggembirakan hati orang lain gembira. Selepas ini, saya mahu ke London untuk mengikuti kursus jangka pendek teater di sana.

SGMS Enal