Henti Promosi Produk Kesihatan, Fattah Tak Mahu Lagi Tipu Peminat

“ Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini,” kata pelakon terkenal Fattah Amin berhubung dakwaan tidak lagi aktif mempromosikan sebuah produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET & Berrytox, yang didaftarkan di bawah syarikat MRP International Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Fattah memaklumkan sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini akan diberikan melalui pihak Universal Music Malaysia.

Sementara itu, pihak Universal Music Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media memaklumkan bahawa pihak mereka sedang mendalami polemik yang melanda bintang di bawah naungannya itu.

Universal Music, bersama pihak peguam akan terus memantau dan berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan terhadap MRP International dan beberapa klien lain yang telah menandatangi kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah Amin sebelum ini.

” Saya terkejut dengan tuduhan ini,” kata Fattah.

” Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya,” katanya.

Pihak Universal Music juga memandang serius tentang beberapa urusan yang dilakukan tanpa kontrak rasmi atau dalam pengetahuan pihak peguam. Sebarang keterangan lanjut akan dimaklumkan dalam kadar segera.

SGMS Faida