High Heels VS Sneakers, Mana Satu Pilihan Ara Johari?

Penyanyi Ara mengaku tidak pernah rasa terbeban memakai kasut tinggi meskipun lebih selesa memakai sneaker pada hari biasa.

Ara yang terkenal dengan imej ranggi berkata dia sedang membiasakan diri dengan memakai kasut tinggi setiap kali memenuhi undangan majlis.

“ Mula-mula tak selesa tapi bila dah biasa, saya mula okay. Saya tak pernah rasa terbeban pun.

“ Bukannya saya perlu pakai setiap hari. Cuma ketika ada undangan nyanyian atau majlis tertentu sahaja.

“ Bila berdiri lama baru saya rasa tidak selesa kalau pakai heels. Untuk biasakan diri, memang sekarang saya rajin pakai kasut tinggi untuk selesakan agar tidak janggal,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa & sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim anjuran Rocketfuel Entertainment, baru-baru ini.

Sementara itu, Ara juga belum bercadang tampil dengan imej berambut panjang memandangkan selesa dengan imej begini.

 

“Memang ada keinginan nak kembali berambut panjang tapi buat masa ini saya masih lagi mengekalkan imej berambut pendek.

“Ada sebab kenapa saya masih berambut pendek sebab saya nak kekal dengan imej sewaktu keluar single Warkah Untukku sebaik keluar daripada Akademi Fantasia,” katanya yang bakal tampil dengan single keempat selepas Aidilfitri nanti.

Ara kini tampil dengan single raya berjudul Sempurna Seadanya berkolaborasi dengan Sufi Rashid, Usop dan Masya Masyitah.

SGMS Enal