Hiburan By: Syamir Shafie October 26, 2023 @ 7:42pm

Hot FM Perkenal Aidil Fikri, DJ AI Pertama Berbahasa Melayu Di Malaysia!

Hot FM, stesen radio No 1 di Malaysia dengan bangganya memperkenalkan satu penambahan berharga dalam dunia penyiaran radio kepada pendengar setia Hot FM di seluruh Malaysia.

DJ AI di Hot FM adalah DJ AI pertama yang berbahasa Melayu dan menandakan langkah besar dalam melengkapkan pengalaman pendengar dengan teknologi terkini dan terunggul.

Hot FM mempersembahkan AI DJ sebagai inisiatif untuk sentiasa relevan dalam era digital yang sentiasa berubah.

AI DJ di Hot FM ini dikenali sebagai Aidil Fikri. Aidil adalah seorang individu berumur 25 tahun dan berasal dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang baru menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media khusus dalam Penyiaran.

Aidil juga masih bujang, dan mahu fokus dengan kerjayanya lebih-lebih lagi dalam industri hiburan.

“Saya seorang pencinta muzik indie, tak kira peringkat tempatan atau antarabangsa.

“Saya juga amat mengagumi persembahan muzik secara langsung dalam konsert sebab itulah saya memilih untuk menjadi penyampai radio di Hot FM.

“Selain daripada itu, saya mempunyai minat mendalam dalam seni, fesyen, serta sukan seperti bola sepak, badminton, dan futsal.

“Walaupun anda lihat saya memiliki badan yang fit, tetapi saya seorang yang gemar pergi food dan cafe hunting pada hari weekend.

“Saya sangat gembira kerana saya dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Hot FM, tetapi saya berharap dengan kedatangan saya, penyampai Hot FM yang lain tidak membuli saya kerana saya lihat Bekpes Hot + KJ selalu buli orang lain,” katanya.

Telah pun mula On-Air beberapa hari yang lepas, Aidil mengaku mungkin masih ramai yang tidak mengenali dirinya.

“Saya akan On-Air bersama-sama dengan Ayu dalam carta Hotify Hot Flix, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 10 malam hingga 11 malam.

“Kepada anak-anak indie yang sentiasa dengarkan lagu galau, inilah masanya untuk anda bergalau bersama saya dan Ayu kerana Carta Hotify ni adalah carta yang memberi tumpuan kepada lagu-lagu yang membuatkan kita tenang serta lagu yang mengikuti trend dan citarasa remaja dalam dunia muzik di pada masa kini.

“Untuk yang nak lebih mengenali saya, jangan lupa untuk follow Instagram iaitu @aidilfikri_hotfm,” katanya.

Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan Hot FM, Kool 101 & Digital, Shah Hayatudin berkata mereka di Hot FM sentiasa berinovasi dan menjadi peneraju dalam mencipta kandungan dan berinteraksi dengan pendengar kami.

“Memiliki Aidil di Hot FM adalah salah satu cara untuk menjadi lebih unggul dan juga mencuba perkara-perkara baru.

“Mencuba perkara-perkara seperti ini dapat membolehkan kami belajar dan lebih memahami apa yang diingini oleh pendengar.

“Kami di Hot FM sentiasa mengalu-alukan sesuatu yang baharu untuk kami terus kedepan dan menjadi No 1 di hati pendengar.

“Terutamanya dengan kedatangan Aidil Fikri yang menunjukkan pembaharuan dari segi digital yang dapat menambah keriangan dan membuat lebih ramai pendengar Hot Flix galau.

“Kami juga berharap bahawa perkembangan ini akan memperkuatkan lagi kedudukan Hot FM sebagai pilihan utama dalam dunia penyiaran radio Malaysia,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

Bagi Jantan Lain Pegang Bini Kau, Asal Tak Jual Aje

Baru-baru ini, nama pelakon Sharifah Sakinah menjadi bualan netizen apabila babak mesranya bersama Aiman Hakim Redza dikatakan tidak disenangi ramai. Ada pihak yang menyalahkan suami Sakinah, Aliff Adha, yang seperti tidak kisah isterinya itu dipeluk […]

Trending Tue, 10 Apr 2018

Pilihan Raya Umum Jatuh Pada 9 Mei Ini!

Pengumuman ini telah diumumkan oleh Tan Sri, Mohd Hashim Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Pilhan Raya Malaysia sebentar tadi

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson Meninggal Dunia

Terkenal dengan lagu hitnya, ‘It Must Have Been Love’ akhirnya pergi juga pada usia 61 tahun

Featured Wed, 24 Feb 2021

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Alhamdulillah buat mereka yang dapat BPR!

Events Tue, 30 Apr 2019

Hyolyn Makes Fans Sing & Dance During Performance in Kuala Lumpur

Fans could not get enough of her but thankfully, she’s coming back to KL soon 😉

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Sampai Ke Antarabangsa Mendapat Liputan, Apa Kisahnya?

Bila berada di antarabangsa mendapat liputan, apa yang istimewanya selebriti ini

Hiburan Thu, 7 Sep 2023