“I Akan Bersihkan Nama You, Sayang” – Kecewa Dituduh, Shuib Mohon Maaf Pada Arwah Siti Sarah

Pelawak dan usahawan, Shuib terkilan apabila namanya dan arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin difitnah dan dikaitkan dengan perkara yang tidak benar, baru-baru ini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia memohon maaf kepada arwah Sarah dan akan mencuba sedaya upaya untuk membersihkan namanya.

“I minta maaf sayang. Orang cakap macam-macam tentang you, orang fitnah you dengan perkara yang langsung tak masuk akal.

“Insya-Allah I akan cuba sehabis baik untuk bersihkan nama you, sayang. Allah Maha Hebat, Allah akan sentiasa bersama dengan kita. Doakan I dari sana,” ujarnya.

@shuibsepahtuI minta maaf sayang,,Orang cakap mcm2 tentang U,Orang Fitnah U tentang perkara yg langsung tak masok akal.InsyaAllah I akan cuba sehabis baik utk bersihkan nama U Sayang.Allah maha hebat,Allah akan ade sentiasa bersama kita.Doakan I dr sana 🙏 Al Fatihah Buat Siti Sarah Bt Raissuddin

♬ original sound – Shuib Sepahtu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Shuib agar kuat menghadapi ujian ini.

Terdahulu, terdapat dua individu yang menuduh Shuib merupakan ahli freemason serta mengaitkannya dengan kematian Siti Sarah.

Namun, Shuib telah memaafkan salah seorang individu selepas bertemu empat mata dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Keluar Kenyataan Biadap & Fitnah Melampau Akhirnya Tampil Hubungi Shuib

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani… Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Maya Basir