“I Love You Until…” – Anggap Dunia Lakonan Sebagai Perniagaan, Alif Satar Elak Heroin Daripada ‘Tersuka’

Pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar memberitahu akan cuba sedaya upaya untuk tidak membiarkan cinta lokasi berlaku ke atas dirinya.

Menurutnya, sikapnya yang profesional membuatkan pelakon lain tidak berani untuk mengambil kesempatan.

“I make sure it didn’t happen. Sebelum ni pun memang tak pernah ada situasi pelakon lain suka saya mungkin sebab mereka takut dengan saya kot,” ujarnya berseloroh.

Sebagai seorang pelakon, dia menganggap dunia lakonan sebagai satu perniagaan dan bukan tempat untuk jatuh cinta.

“Saya tak pernah rasa macam tu. I am very profesional. Kalau saya boleh beri pesanan pada pelakon-pelakon junior, you treat it (lakonan) as an entertainment business and you are the product.

“So, you kena berdisiplin macam you pergi kerja 9 to 5, sama juga macam saya. Kalau saya pergi shooting, habis kerja I straight to go home. I love you until the director says cut,” jelasnya.

Pada masa sama, dia bersyukur dapat digandingkan dengan pasangan pelakon yang profesional dan tidak terbuai dengan rasa cinta semasa di lokasi penggambaran.

“Saya pernah berlakon dengan heroin-heroin yang superstar in their own way tapi bila on set semua very professional dan saya bersyukur perkara tu.

“They know when I come to work, I come to work tak pernah rasa macam nak try, I don’t have to do that,” katanya semasa ditemui di sidang media drama bersiri Bukan Sekadar Lafaz yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Terdahulu, berlaku kejadian di mana seorang pelakon wanita menyatakan rasa ‘tersuka’ dengan pasangan pelakon yang berstatus suami orang menjadi topik hangat diperkatakan.

Maya Basir