Lalui Banyak Kenangan Manis, PLKN Berjaya Bentuk Diri Ernie Zakri Kuat Mental & Fizikal – “Saya Adalah Selembik-Lembik Manusia Tapi…”

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri berkongsi pengalaman manisnya ketika mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di usia remaja.

Menurut Ernie, dia melalui pelbagai pengalaman manis yang sehingga kini masih segar dalam ingatan.

Malah, pelantun lagu popular Ku Bersuara ini menganggap tempoh tiga bulan program tersebut tidak wajar dipandang negatif.

Isteri kepada penyanyi Syamel ini mengakui program PLKN tersebut banyak membentuknya menjadi seorang wanita yang kuat dalam aspek fizikal dan mental.

“Saya adalah selembik-lembik manusia. Untuk berkawad itu memang tidak dan saya juga tak suka berjemur di tengah panas, bangun pagi untuk bersenam.

“Tapi masuk PLKN ni saya dapat banyak kenangan manis. Percaya cakap saya, kenangan manis banyak dalam PLKN.

“Pada saya, adik-adik berusia 16 tahun dan ke atas wajar ikuti program ini.

“Dalam PLKN ni kita akan dapat banyak ilmu… kita kena belajar ‘survival skill’, macam mana nak berjuang dalam dunia ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album kedua Aura bertempat di pusat beli-belah Sunway Putra Mall, baru-baru ini.

Berkongsi antara kenangan manis ketika menyertai PLKN di Kem Behrang, Perak, Ernie berkata dia memenangi pertandingan kayak dan sempat menjalin ‘cinta monyet’.

“Banyak momen manis tapi antaranya kita juara kayak kot.. Siapa sangka saya boleh handal dalam berkayak..

“Saya juga sempat jumpa ‘boyfriend’ di PLKN tapi lepastu putus,” katanya sekaligus ketawa.

Di kesempatan itu, Ernie sempat memberi pesanan kepada remaja di luar sana untuk merasai pengalaman PLKN kerana ada pelbagai aktiviti menarik yang bakal mereka hadapi.

“Nasihat saya, pergi dahulu dan cuba. Di PLKN macam-macam aktivitu kita akan lakukan seperti memanah dan menembak.

“Jangan risau, PLKN jaga kita dengan baik tak adalah sampai mencederakan. Tak ada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila golongan umur 16 hingga 35 tahun bakal dipilih untuk menyertai latihan PLKN sehingga telah mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.

Terkini, Kementerian Pertahanan Malaysia mengeluarkan kenyataan menjelaskan PLKN 3.0 hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani latihan tersebut sekiranya dilaksanakan pada tahun 2024,

Namun, sekiranya tidak menyertai atas sebab yang dibenarkan, maka pelatih boleh membuat penangguhan sehingga umur 35 tahun.

Artikel Berkaitan: Umur Bukan Penghalang, Ini Sebab Alif Satar Sokong Golongan Belia 35 Tahun Sertai PLKN 3.0 – “Saya Tengok Ramai Yang 30-an Tak…”

Aqilah Paharuzi