“I Would Say No!” – Joe Flizzow Ada Pendirian Dalam Berkarya, Tidak Minat Buat Lagu Untuk ‘Founder’

Penyanyi rap, Joe Flizzow menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menghasilkan lagu untuk ‘founder’ atau usahawan yang mahu menggunakan khidmatnya.

Memetik laporan mStar, Joe atau nama sebenar Johan Ishak, 43, jika diberi tawaran sebanyak RM100,000 sekali pun dia akan menolak tawaran tersebut.

“I would say no!

“Awak boleh tanya pengurus saya bahawa saya sudah menolak banyak tawaran duit yang banyak namun tidak sinonim dengan apa yang saya nak.

“Waktu tu saya nak buat tentang kesihatan dan saya nak tunjukkan more active and healthy lifestyle but then fast food restaurant came at me and “do a song, promote this” I don’t want to do it,” tegasnya.

Menurut Joe, dia menolak kerana perkara tersebut tidak selari dengan pendiriannya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Satu Malam Di Temasek ini menasihati artis-artis baru untuk ada pendirian yang tetap.

“Bila artis-artis baru didatangi tawaran yang macam ni agak susah untuk mereka, but you have to do it and you have to know how to navigate.

“Kadang-kadang duit RM10 tu boleh menjahanamkan peluang untuk dapat RM100. So, you have to make the right move,” kata Joe.

Tambahnya, dia sering memberitahu penggiat seni untuk mempunyai sistem pengurusan dan pasukan yang baik.

“You need people around you yang jujur dan akan straight forward dengan you,” ujarnya.

Sumber: mStar

Maya Basir