Asha Ikut Jejak Kakak, Berjinak-Jinak Dalam Dunia Lakonan

Tak sangka! Adik beradik manis iaitu, Risteena Munim dan Ruhainies, rupa-rupanya mempunyai seorang lagi adik perempuan yang turut sama mengikut jejak langkah mereka untuk menjadi seorang pelakon.

Asha Zainul yang menuntut dalam bidang komunikasi dan pengajian media ini, telah diberi peluang untuk berlakon dalam telefilem, Congirl arahan Ruhainies.

Asha Zainul atau nama penuhnya Nur Riesha Sharmin Zainul Ilyas akui teruja untuk berlakon di bawah bimbingan kedua-dua kakaknya walaupun masih setahun jagung.

“Kebetulan saya sedang cuti semester pada tahun akhir pengajian. Peluang ini diberi Ruhainies sebagai penerbit eksekutif dan saya cuba memanfaatkannya. Insya-Allah, kalau nasib saya dalam dunia lakonan, saya akan teruskan kerjaya ini. Jelas Asha kepada BH Online.

Baru-baru ini, mereka turut menjalani penggambaran di Budapest, Hungary untuk telefilem Congirl dibawah terbitan Ruhainies dan syarikat Zeel Production.

Mempunyai dua kakak yang sudah lama menceburi bidang lakonan, tidak dinafikan, menjadi dorangan utama untuk diri Asha mendekati dunia lakonan.

Anak keempat dari lima beradik itu mengaku seronok menimba pengalaman berlakon di Budapest.

“Kru dan pihak produksi banyak membimbing dan membantu saya. Jadi, saya tak kekok. Ruhainies pun banyak membakar semangat saya untuk menghakis perasan malu beraksi depan kamera.” Katanya

Selepas ini juga, Asha akan menjalani penggambaran sebuah drama bersama kakak nya, Risteena di Perak.

Bergraduasi tahun depan, Asha akan memulakan latihan amalinya pada September depan.

 

Ditulis oleh : Nik Nur Amira

 

Ad Ops