Ikut Suami Pindah Ke Thailand, Syifa Melvin Seronok Jadi Suri Rumah – “Berat Badan Pun Naik Sebab…”

Pelakon Syifa Melvin berkongsi kehidupannya kini semakin bahagia di samping suami yang juga pemain bola sepak, Safawi Rasid sejak berpindah ke Ratchaburi, Thailand.

Memetik laporan mStar, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, berkata, dia kini hanya memberi fokus kepada rumah tangga sejak Safawi berkhidmat untuk sebuah kelab bola sepak di Thailand.

“Banyak perubahan selepas berkahwin, tanggungjawab pun bertambah… berat badan pun naik sebab bahagia kot.

“Kehidupan saya dan suami okay sebab kami sentiasa berdua sahaja. Memang seratus peratus saya beri perhatian kepadanya,” katanya.

Tambah Syifa, kehidupan di Thailand agak mencabar kerana sukar mendapatkan makanan halal malah perbezaan bahasa juga menjadi faktor dia ingin belajar dalam bahasa Thailand.

“Di sana saya memang betul-betul suri rumah sepenuh masa sebab tempat kami duduk susah nak cari makanan halal.

“Jadi memang hari-hari saya masak tapi saya okay sahaja memandangkan saya memang suka masak,” kongsinya.

Dalam pada itu, di soal mengenai perancangan untuk memiliki zuriat, Syifa hanya menyerahkan rezeki tersebut kepada yang maha esa.

“Siapa kahwin tak mahu ada anak, kan. Insya-Allah ada rezeki ada, doakan yang baik-baik, ujarnya.

Terdahulu, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor.

Sumber: mStar

Khairil Khusyairi