Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta sejarah apabila merangkul anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu dinobatkan anugerah tersebut menerusi hasil lakonan dalam filem “Everything Everywhere All At Once”.

Lebih membanggakan, Yeoh adalah aktres Asia pertama yang menggondol trofi anugerah berprestij itu.

Dalam kategori tersebut, Yeoh menewaskan Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Terdahulu, Yeoh mencipta magis apabila memenangi anugerah kategori sama di Anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Awards (SAG).

Anugerah Akademi Ke-95 ini dikendalikan oleh Jimmy Kimmel.

Khairil Khusyairi