Hiburan By: Maya Basir December 20, 2023 @ 2:28pm

Imran Aqil & Dahlia Rizal Adakan Lima Kali Majlis Resepsi, Rupanya Gara-Gara…

Meskipun sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Imran Aqil dan isterinya, Dahlia Rizal masih lagi menganjurkan majlis resepsi kelima pada Ahad lalu.

Memetik laporan mStar, Imran memberitahu beberapa majlis yang diadakan adalah untuk memenuhi permintaan keluarga tersayang.

Menurutnya, kedua-dua ibu bapanya dan Dahlia sudah bercerai dan ada yang sudah memiliki keluarga baru jadi majlis berlainan perlu diadakan bagi menghargai setiap mereka.

“Sebenarnya saya dan isteri hanya mengikut kehendak keluarga. Lagi pun kami berasal daripada keluarga yang berpecah (bercerai), jadi ibu dan bapa kami ada juga yang sudah berkahwin lain.

“Disebabkan itu masing-masing ingin membuat majlis resepsi untuk belah keluarga mereka. Itulah punca mengapa majlis resepsi kami diadakan sebanyak lima kali.

“Lagi pun saya memang mahu meraikan keluarga dan rakan-rakan yang banyak berikan sokongan kepada kami selama ini,” ujarnya.

Disoal mengenai pembaziran mengadakan terlalu banyak majlis resepsi, dia bersyukur turut menerima tajaan daripada beberapa pihak.

“Alhamdulillah memang rezeki kami, ada sahaja yang memberikan tajaan. Majlis kami bukan ditaja sepenuhnya tetapi kebanyakannya untuk kos-kos yang besar seperti pelamin, dewan acara dan baju pengantin mendapat tajaan.

“Apa yang boleh saya katakan, setiap majlis kami itu ada saja individu yang memberikan tajaan dan selebihnya dibiayai oleh kami sendiri.

“Saya memang ada baca komen netizen yang risau kami membazir buat sampai lima majlis. Tapi bagi kami ini adalah pengalaman sekali seumur hidup, jadi kami manfaatkan masa yang ada untuk meraikan para tetamu,” jelasnya.

Majlis resepsi kelima pasangan ini diadakan di Royale Chulan, Damansara, Selangor dan turut dihadiri oleh isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Villa Istana Ayer Keroh, Melaka dan diikuti dengan empat majlis resepsi yang diadakan di rumah ibu pengantin perempuan di Melaka dan tiga lagi majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 5 Aug 2018

Lombok Di Landa Gempa Bumi 7.0 Skala Richter

Lombok sekali lagi dilanda gempa bumi dan kali kekuatan 6.8 pada skala Richter Ahad, 5 Ogos 2018 jam 6:46 ptg

Hiburan Thu, 9 May 2019

Siap Sedia Untuk ‘IDC’, Lagu Duet Justin Bieber- Ed Sheeran Keluar Esok!

Nantikan lagu terbaru Bieber and Ed Sheeran pada 10 Mei!

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Tue, 31 Dec 2019

Joe Flizzow, Marini Nikah April 2020

Mr. President dah pilih calon!

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Thu, 23 Dec 2021

“Memang King of The Road!” – Video Kompilasi Myvi Redah Banjir Trending

Baru-baru ini, satu video kompilasi kereta Perodua Myvi meredah banjir menjadi tular dan ramai yang kagum dengan kebolehan kereta yang digelar ‘King of The Road’ ini. Video kompilasi yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama […]

Hiburan Mon, 25 Mar 2024