Individu Dakwa Hamil Anak Artis Kembali Berteka-Teki – “Saya Nak Sangat Dedah Lelaki Itu Tapi…”

Individu yang mendakwa dirinya sedang hamil anak artis kembali berteka-teki kerana masih mahu mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Namun, menerusi perkongsiannya di TikTok yang menggelar diri sebagai HatiBushuk atau @shrimpippy8621p, perasaan takut menahan dirinya daripada berbuat demikian.

“Saya nak sangat mendedahkan siapa lelaki itu tapi saya sangat takut,” ujarnya.

Terdahulu, dia pernah memohon maaf dan memberitahu dakwaannya terhadap artis lelaki itu adalah tidak benar dan memadam kesemua hantaran tentang perkara yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Its Actually Not True…” – Wanita Dakwa Diri Dihamilkan Artis Lelaki Hanya Prank?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada perkara ini benar atau hanya rekaan semata-mata.

Malah, ada yang mendakwa wanita ini bertindak menarik semula kenyataannya gara-gara diugut oleh pihak lelaki berkenaan.

“Eh ada lagi. Bukan hari tu dah minta maaf ke? Cakap tersilap?

“Kena ugut-ugut kot.

“Hari tu kata tak betul, ni kata lain pulak,” komen netizen.

Meskipun nama penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani pernah terpalit namun wanita ini menyatakan dia bukanlah lelaki yang dimaksudkan.

Maya Basir