Featured By: Salma Syahbuddin September 16, 2021 @ 10:00am

Ini Senarai 5 Lagu Patriotik Yang Membangkitkan Semangat Hari Malaysia!

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan acara penting bagi negara kita.

Ia perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik.

Bagi menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, lagu-lagu patriotik memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat cintakan negara.

Antara lagu patriotik yang terus menjadi pilihan sehingga kini adalah Tanggal 31 Ogos,  Saya Anak Malaysia, Bahtera Merdeka, Setia, warisan, Inilah Barisan Kita, Saya Anak Malaysia dan banyak lagi.

Tapi, tahukah anda bahawa ada banyak lagi lagu patriotik baharu dan lagu lama yang diberikan nafas baharu sesuai dengan peredaran zaman?

Jom kita dengar 5 lagu patriotik yang Xtra senaraikan untuk menjadi peneman sambutan Hari Malaysia!

  1. Kita Punya Malaysia – Bunkface

Lagu nyanyian Bunkface ini menjadi lagu tema Hari Kebangsaan 2018 dengan gubahan muzik terbaharu sesuai dengan jiwa generasi masa kini.

Berentak rancak dan catchy, Kita Punya Malaysia pastinya punya peminatnya tersediri. Malah, penggambaran muzik video ini turut  dilakukan di pusat membeli belah terkenal tanah air, Pavilion.

 

2. Aku Negaraku – Hafiz Suip & Jaclyn Victor

Lagu ciptaan komposer terkenal, Audi Mok dan liriknya ditulis oleh Shazree Ishak ini sebenarnya dinyanyikan oleh penyanyi, Aizat Amdan dan Suki sebelum direkodkan semula dan dinyanyikan oleh Hafiz Suip dan Jaclyn Victor pada tahun 2017.

Malah, lagu Aku Negaraku ini merupakan lagu tema bagi inisiatif #Negaraku yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

 

3. Setia – Hael Husaini, Man Bai, Francesca Peter, Zainal Abidin, Ara Johari, Ernie Zakri,  Syamel & Nicole

Lagu berkisarkan kesetiaan rakyat untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini pernah dipopularkan oleh penyanyi terkenal pada zaman 80-an, Francissca Peter dan liriknya ditulis oleh Datuk Ahmad Darsilla.

Malah, lagu ini juga telah dinyanyikan dalam pelbagai versi oleh ramai penyanyi. Pada tahun 2018, lagu ini turut dimuatkan dalam album Sayangi Malaysiaku yang turut dinyanyikan oleh barisan artis terkenal tanah air.

4. Oh Malaysia ku – Usop, Masya Masyitah, Lil J, William  Tan,Eiffel, Aliff, Timah & Cici 

Mungkin lagu ini tidaklah popular seperti lagu-lagu patriotik lain namun, muzik catchy dan rancak ini senang diterima generasi muda masa kini.

Menampilkan penyanyi pelbagai bangsa dan menggunakan pelbagai bahasa mengikut agama, lagu Oh Malaysiaku sekaligus melambangkan kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara Malaysia.

Untuk makluman,  lagu ini adalah hasil ciptaan Ismail Izzani, Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Lil J manakala komposernya pula terdiri daripada Ismail Izzani, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.

 

5. Standing In The Eyes Of The World – Ella

Siapa sangka lagu yang dihasilkan bersempena temasya Sukan Komanwel pada tahun 1998 ini menjadi penyedap halwa telinga sekaligus menjadi antara lagu patriotik pilihan sepanjang zaman.

Lagu hasil ciptaan Datuk Wah Idris dan komposer Amerika Syarikat, David Gates ini tidak akan lengkap tanpa lirik yang cukup sempurna dari Datuk Habsah Hassan.

Bait lirik, muzik yang padu serta lantunan suara dari Ratu Rock Ella menjadikan lagu Standing In The Eyes Of The World ini antara lagu pilihan tidak kiralah pada temasya sukan ataupun dijadikan lagu patriotik untuk kemerdekaan negara dan sambutan Hari Malaysia.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Aug 2018
Featured Mon, 9 Jan 2023

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu – Ibu Syamsul Yusof

Trending Sun, 25 Oct 2020

Lagu Cinta Kita Kembali Untuk Musim Ke-2!

Wah, kembali untuk musim kedua!

Eat Travel Mon, 5 Nov 2018

Ini Resipi Sorbet Buah-Buahan Yang Hanya Guna 2 Bahan Ramuan, Berkhasiat Tapi Sedap!

Di bawah ini ada resipi untuk 4 jenis buah berlainan.

Trending Wed, 10 Oct 2018

OMG! Bungkusan Mayat Kena Tinggal Atas Highway

Mayat siapa pula ada tengah jalan ni? Lebih pelik, mayat itu diikat pada katil dan ditinggalkan di atas lebuh raya.

Trending Wed, 17 Aug 2022

“Saya Ada Rasa Sedikit Terkilan Lebih-Lebih Lagi… – Raja Azmi Berang Filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dihadkan Tayangan Kerana Pengabdi Setan 2?

Penerbit Raja Azmi mendakwa filem seram karyanya, Jerangkung Dalam Almari dihadkan jumlah tayangannya semata-mata ingin memberi laluan kepada filem seram dari negara seberang, Pengabdi Setan 2. Sehubungan dengan itu, penerbit, Raja Azmi tampil meluahkan rasa […]