Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 9, 2023 @ 2:47pm

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Konflik rumah tangga antara pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana dan pengarah filem Syamsul Yusof akhirnya terungkai selepas Syamsul mengakui telah bernikah bersama Ira Kazar.

Susulan itu, nama Syamsul hangat menjadi perbualan ramai di serata media sosial atas pengakuan berani matinya itu yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat lalu.

Difahamkan, Syamsul telah menjalinkan hubungan bersama anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi selama empat tahun dan mendirikan rumah tangga secara senyap di Thailand.

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Artikel Berkaitan: “Pulang Ke Rumah Agar Dapat Bincang, Tak Perlu Hebah Di Media Sosial” – Selamat Bernikah Dengan Ira Kazar, Ini Pesanan Syamsul Yusof Kepada Puteri Sarah

Bapanya, pengarah Datuk Yusof Haslam tidak menafikan kecewa atas tindakan anaknya itu yang membelakangi keluarga terutamnya ibunya, Datin Patimah Ismail.

Artikel Berkaitan: “Bohonglah Kalau Saya Tak Kecewa” – Yusof Haslam Terkilan, Harap Syamsul Lebih Bertanggungjawab

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Patimah meluahkan isi hatinya yang telah menerima ketentuan illahi, namun menegaskan tidak akan memaafkan keluarga pihak Kazar Saisi.

Ia ekoran sebuah hantaran dimuat naik oleh Mingguan Wanita di Facebook telah menarik perhatian Patimah yang meninggalkan komen berkata demikian.

“Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka.

“Namun, kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu,” tegasnya.

Sebelum ini, Patimah berkata Puteri Sarah adalah menantu kesayangannya dan perkahwinan mereka direstui sepenuhnya oleh keluarga.

Artikel Berkaitan: “Puteri Sarah Permaisuri Hati Syamsul, Perkahwinan Direstui Keluarga Sepenuhnya” – Luahan Hati Patimah, Netizen Minta Ira Kazar Undur Diri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Sep 2024

“Taasub Nak Tayang Body Sangat” – Netizen Bitter Aedy Ashraf Tunggang Moto Tanpa Pakai Baju

Memang macam ni lah ek budak lelaki zaman now nak enjoy dengan kawan-kawan. 😎✌️

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

《樱桃小丸子》漫画家樱桃子乳癌辞世 享年53岁

日本著名漫画家《樱桃小丸子》原作者樱桃子,于2018年8月15日晚上8时29分,因乳癌与世长辞,享年53歳,丧礼已举行完毕。

Trending Sun, 12 Jan 2020

Cedera Parah Disamun Jiran Dalam Lif

Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya, dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong, di sini. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata […]

Featured Wed, 30 Apr 2025

Pilih ‘Berahsia’, Dayang Nurfaizah Bakal Tamat Zaman Bujang?

Dayang mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Nabil Mahir Dan Sarah Hilderbrand Putus?

Betul ke putus? Tak kot…

Trending Tue, 31 Oct 2023
Hiburan Sun, 21 Jul 2019
error: Content is protected !!