Categories: HiburanSelebriti

Iqram Dinzly Memohon Maaf Pada Semua

Dengan rasa rendah diri dan penuh ikhlas, ingin saya katakan tiada langsung niat untuk menyekutukan Allah inikan pula hendak menghina Nabi Muhammad SAW. Inilah pegangan keluarga saya sejak azali lagi. Setiap hari saya mengucapkan dua kalimah syahadah”

Iqram Dinzly memohon maaf kepada semua dan mengakui dirinya juga manusia tidak sempurna kerana terlepas cakap. Tindaknnya itu dikecam hebat kerana dianggap menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Untuk pengetahuan, tindakan Iqram hanya disedari selepas video yang dimuat naik oleh seorang Ustaz yang tegas menegur cara percakapan pelakon itu. Bagaimanapun Iqram menganggap teguran yang diberi tidak beradab dan tidak bercirikan seorang ulama yang penuh adab sopan.

“Orang luar boleh nilai sendiri perilaku seorang Ustaz boleh berkelakuan begitu. Saya lebih menghormati cara mufti walaupun buat surat terbuka namun ia jelas adab. Pertanyaan saya adakah itu dinamakan cara berhemah untuk menegur yang dikatakan sunnah Rasullullah SAW?”

SGMS Enal