Ismail Izani Cuba Perbaiki Diri Dengan…

Penyanyi berbakat, Ismail Izzani mengakui dia banyak belajar daripada kesilapan masa lampau kerana pernah beberapa kali terpalit kontroversi negatif sebelum ini.

Namun demikian, pelantun lagu Luar Biasa ini berusaha untuk memperbaiki diri dan salah satu cara untuk mengelakkan dirinya melakukan perkara negatif ialah dengan menjaga solat.

“Nafsu nak buat jahat memang susah kita nak kawal tapi kita kena pandai bahagikan masa dengan benda-benda yang positif. Salah satu cara, jangan tinggalkan solat walaupun banyak dugaan tapi saya tetap akan cuba jaga solat.

“Bagi saya, kita kena sentiasa ingat Allah sebab Dia ingat kita. Mak saya selalu pesan, ingat solat, bila kita solat, ia mendorong kita buat benda baik.  Tidak membawa kita ke arah negatif dan tidak terasa nak buat benda-benda jahat,” katanya kepada mStar Online. 

Walaupun masih belum sempurna, Ismail percaya dengan menjaga solat, ia mampu mendorongnya menjadi insan yang lebih baik. 

Ismail juga mengakui yang sebelum ini kesilapan yang dilakukannya adalah keputusan dan tanggungjawabnya sendiri dan dia masih belajar untuk membuat keputusan yang betul untuk dirinya. 

“Kesilapan itu boleh datang dari mana-mana. Kita tengah berdiri pun boleh buat silap. Bagi saya, apa yang terjadi sebelum ini adalah keputusan saya sendiri.  Itulah kesilapan saya. 

“Sekarang ini masih dalam proses belajar macam mana nak buat keputusan yang betul untuk diri sendiri,” katanya lagi. 

Del14