Isteri Rai Ulang Tahun, Izzue Islam Titip Pesanan Paling Sweet!

Sempena ulang tahun kelahiran isteri ke 37 tahun, penyanyi Izzue Islam membuat perkongsian cukup romantis untuk isterinya.

Akui Izzue, dia amat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang dapat menerima kekurangannya sebagai suami.

Akui Izzue, dia turut memohon maaf kepada isterinya, Azwin Nurin atau nama sebenarnya Nurinafilah Wahaludin mengenai zuriat.

“ Minta maaf isteriku, rasanya masih banyak kekurangan I sepanjang jadi suami you. Belum lagi dapat bagi baby idaman setiap pasangan bergelar suami dan isteri.

“ Kadang-kadang selalu juga terlepas cakap sampai buat you tersinggung. Tak cukup tu, I pernah juga buat you terasa sampai you menangis,” kata Izzue yang masih belum sempat membawa isterinya berehat sepanjang berkahwin.

Sementara itu, Izzue mengambil kesempatan memohon maaf dan berterima kasih kepada Azwin kerana menerima segala kekurangannya selama ini.

“ Tak pernah pun mengeluh walau tak cukup rehat atau tidur. Tak pernah bosan jadi driver I walaupun I kat sebelah dah berdengkur. Masa I susah you ada malah you senangkan dan tenangkan I dalam segala hal.

“ You are the best isteriku. Selamat Hari Lahir,” akhiri Izzue yang memuji isterinya sentiasa positif dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2 Jun 2013 dan masih dilihat sweet sampai sekarang. Selamat Hari Jadi, Azwin! 

SGMS Faida