Isu Mesra Wuduk & Warna Tersepit Pintu? Neelofa Tampil Beri Penjelasan – “Serbuk Asli Dah Ditapis Sebanyak 9 Kali..”

Setiap keluaran produk terbaru daripada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa pasti akan mendapat sambutan yang luar biasa.

Umum sedia maklum Neelofa baru sahaja melancarkan produk inainya tersendiri yang diberi nama Innai NunHa.

Sejak inai tersebut dikeluarkan, banyak maklum balas yang diterima baik dari segi sisi yang positif mahupun negatif.

Namun begitu berdasarkan pemerhatian di media sosial heboh mengenai komen netizen yang mengkritik warna inai itu yang dianggap seperti tersepit pintu.

Menyedari akan ketegangan situasi tersebut, Neelofa tampil menjelaskan dengan berkata warna yang terhasil itu adalah warna asli dan bukan ditambah sebarang pewarna hitam. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Artikel Berkaitan: Peminat Neelofa & Che Ta Berbalah Isu Inai – “Takkan Nampak Hebat Jatuhkan Orang Lain”

“‘Perkara pertama yang saya titikberatkan sebelum mengeluarkan inai ini ialah saya tidak mahu ia mempunyai sebarang kandungan bahan kimia, pewarna makanan atau benda yang pelik-pelik untuk warnanya cepat resap dan sebagainya. 

“Saya menerima berpuluh sampel serbuk inai yang telah ditapis sebanyak sembilan kali dengan tona yang berbeza-beza.

“Meskipun perancangan awal bukan untuk menjual inai serbuk, tetapi inai serbuk lebih praktikal untuk mendapatkan warna yang dikehendaki berdasarkan bancuhan sendiri. 

“Kalau kita buat inai sendiri dan kita tumbuk lumat-lumat, warnanya lebih cantikkan? Sama dengan inai saya ini, sebab ia adalah sejenis super fine powder. Sebab itu, warna dia boleh jadi terang dan gelap,”jelasnya. 

Terdahulu, heboh di media sosial mengenai inai NunHa yang dikatakan tidak sah solat kerana boleh dikikis.

 

Tidak terus melatah Neelofa dengan tenang menjawab persoalan netizen dengan berkata, “Ramai dah keliru kata kena kikis kuku untuk solat. Kalau semua dah kikis beberapa kali dan nampak habuk kuku dan warnanya tu maknanya ia sudah meresap ke dalam.

“Kami dah buat ujian molekul yang menunjukkan ia telap atau serap air. 

“Saya sangat berhati hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan.

 “Dosa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung dosa berjuta orang di luar sana,” ujarnya menerusi beberapa hantaran di Insta Story miliknya. 

Aqilah Paharuzi