Jackie Chan Pamer Mutu Lakonan Terbaik Dalam Karya Aksi Komedi, Filem ‘Ride On’ Bakal Tayang 13 April Ini

Filem aksi komedi terbaharu Jackie Chan, Ride On yang bakal menyentuh hati ramai akan mula ditayangkan di pawagam pada 13 April 2023.

Filem Ride On ditulis dan diarahkan oleh Larry Yang, menggabungkan minatnya terhadap kuda dan dirinya sebagai peminat setia filem lama Jackie Chan.

Filem Ride On merupakan satu penghormatan besar kepada idolanya iaitu Jackie Chan yang menceritakan tentang kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri bernama Luo (Jackie Chan) yang tinggal bersama kuda kesayangannya ‘Red Hare’.

Luo menghubungi anak perempuannya Bao (Liu Haocun) dan teman lelakinya Mickey (Kevin Guo) untuk mendapatkan bantuan bila kehidupan mereka mula diancam oleh pemungut hutang untuk melelong ‘Red Hare’.

Terdapat banyak adegan aksi yang membawa kembali kenangan silam filem-filem ikonik Jackie Chan dengan aksi koreografi yang hebat menyerupai filem asal. Bersama Jackie Chan dalam aksi komedi ini adalah anak didik baru ‘Red Hare’ dan bakal menantunya. Kemesraan mereka membawa kepada banyak adegan komedi dan menyentuh perasaan.

Selain Jackie Chan, turut membintangi filem ini ialah Liu Haocun, Kevin Guo dan menampilkan ‘Red Hare’.

Terdapat ramai pelakon yang turut serta antaranya Andy On, Joey Yung dan juga jemputan istimewa dan penampilan khas ‘Wu Jing’, yang dijemput oleh Jackie Chan untuk bekerjasama dalam filem terbaru ini. Kami tidak sabar untuk menonton bagaimana cerita ini dirungkap dalam filem aksi komedi yang menyentuh hati ini.

Filem Ride On dibawakan oleh Pemegang Hak Pengedaran Malaysia, Shanghai Pictures Sdn. Bhd., diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing bakal ditayangkan di pawagam pada 13 April 2023.

Padin