“Jangan Kamu Fikir Mahu Menghina Islam!” – Dengan Bukti Dan Fakta… Syamsul Yusof Sokong Kelab Komedi Ditutup

Pengarah filem #MatKilau, Syamsul Yusof akhirnya bersetuju agar penutupan kelab komedi dilakukan setelah mendengar bukti dan fakta berkaitan kelab itu yang terpalit dengan beberapa siri menghina agama Islam.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran terkini  yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.

 

Menurut Syamsul Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 37, keputusan tersebut dibuat selepas benar-benar memahami keadaan sebenar yang terjadi.

“Setelah jelas keadaan sebenar, dengan bukti dan fakta, saya sokong penuh kelab ini ditutup.

“Jangan kamu sesekali pernah terfikir menghina Islam. Lailahaillallah Muhammadarrasulullah,” katanya.

Terdahulu, dalam hantaran yang berlainan, Syamsul pernah memaklumkan bahawa beliau mungkin tidak sealiran pendapat dengan rakan selebriti lain yang mahukan kelab komedi itu ditutup kerana beranggapan bahawa perkara ini masih boleh dibincangkan dengan cara baik.

Bagaimanapun, Syamsul dilihat hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada Rabu bersama Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi, pelawak, Sharol Shiro dan beberapa penyokong serta ahli Semboyan Malaysia untuk membuat laporan terhadap pemilik kelab berkenaan.

 

 

Sumber: Instagram

Salma Syahbuddin