Janjikan Kelainan, Ruffedge Gegar Singapura ESOK!

ESOK kumpulan Ruffedge akan mengadakan konsert ulang tahun ke 20 di Singapura!

Selepas konsert mereka full house pada Ogos lalu, Ruffedge bakal menggegarkan pentas  Zepp@BigBox bermula jam 8.30 malam.

Bercerita mengenai kelainan konsert kali ini, anggota Ruffedge, Mode Abdullah memberitahu akan ada sedikit perubahan untuk pemilihan lagu pada malam itu nanti.

“ Memandangkan ada penonton dari Singapura yang datang pada konsert kami di Kuala Lumpur, ada lagu yang kami nyanyikan tempoh hari tidak akan dinyanyikan.

“ Akan ada penambahan lagu lain pula. Yang pasti, konsert Ruffedge di Singapura berbeza dengan apa yang anda saksikan di Kuala Lumpur,” katanya kepada xtra.com.

Konsert ini merupakan persembahan sulung mereka di Singapura di mana lima jejaka ini bakal mempersembahkan lagu-lagu hits seperti Tipah Tertipu, Khayalan, Da Bomb, Bila Rindu.

Tiket konsert ini mula dijual pada harga SGD 225 (pakej meet & greet), SGD 145 (pakej diamond) dan SGD 95 (pakej platinum).

Penjualan tiket telah mula dijual sejak 7 Ogos 2018 menerusi laman web www.myticket.com.sg dan www.myticket.asia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian +65 8163 9197 / +65 3165 1506 atau sila layari www.shirazprojects.com.

SGMS Faida