Categories: FeaturedOh Lawa

Baju Kebaya Malaysia Airlines Tersenarai Sebagai Salah Satu Uniform Pramugari Tercantik Di Dunia

Ingat tak lagi beberapa bulan lalu apabila ada ahli-ahli politik yang meminta Malaysia Airlines untuk mengubah suai uniform pramugarinya kerana ia dikatakan terlalu seksi?

Well, seksi atau tidak, memang tak boleh dinafikanlah yang design baju kebaya bagi uniform tersebut betul-betul melambangkan identiti, budaya dan tradisi negara Malaysia.

Kalau anda selalu travel menaiki kapal terbang dan pernah menggunakan perkhidmatan penerbangan lain, anda mesti perasan yang uniform pramugari Malaysia Airlines adalah unik dan lain daripada yang lain. 

Jadi memang patutlah ia tersenarai sebagai salah satu uniform pramugari yang tercantik di dunia, seperti yang dilaporkan oleh Buletin Utama di saluran TV3. Wah!

Foto: wkt1992.wordpress.com

Menurut Ketua Tenaga Pengajar Sekolah Hospitaliti Akademi MAB Chang Chin Kwang, reka bentuk uniform ini diinspirasikan oleh seni batik Sarawak dan bunga tempatan seperti cempaka, melur serta daun bunga raya.

Kalau Malaysia merupakan sejenis pakaian, inilah dia! Setuju, tak?

Bagi anda yang tak tahu, uniform pramugari Malaysia Airlines ini telah direka oleh pelajar jurusan fesyen dari Institut Teknologi MARA pada 1 Mac, 1986. Dah lama dah rupanya!

Kemudian pada 1993, warna uniform ini telah ditukar ke biru dan pink yang kita dapat lihat sekarang.

Wuish, bukan senang nak compete dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain! Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita memang patut rasa bangga kerana budaya dan identiti kita dapat diketengahkan dari segi fesyen di mata dunia.

Tahniah, Malaysia Airlines!

Jika nak, anda boleh saksikan liputan berita TV3 tersebut di bawah:


Sumber: World Of Buzz

Ad Ops