SudahTerima Notis Hadir Ke Mahkamah, Intan Najuwa Terlibat Kes Dadah?

Semalam sahaja kecoh di media sosial apabila pelakon popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela , Intan Najuwa terlibat dengan perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Muamalat dan Insolvensi, Shah Alam pada 8 hingga 10 Oktober ini bersama dengan dua orang lelaki.

Dan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut, Intan Najuwa memberitahu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi segala prosiding yang berkaitan kes dadah ini. Dan, menegaskan bahawa beliau juga langsung tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah sebaliknya hanya diminta untuk memberikan kerjasama dalam kes ini. 

“Tidak.. saya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah hanya diminta tampil sebagai saksi sahaja. Kalau betul saya ada terlibat dengan salah guna barang terlarang itu, saya mungkin tidak ada dalam industri sekarang” Jelasnya

Tambahnya lagi, beliau berasa terkejut kerana nama beliau tersenarai dalam kategori orang yang dikehendaki polis kerana beliau sendiri sudah menerima notis untuk hadir ke Mahkamah berkenaan.

“Saya sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah dan saya akan beri kerjasama sepenuhnya seperti diminta” Katanya

Intan, 21 bersama dua lagi lelaki dicari pihak polis apabila ketiga-tiga mereka diminta hadir sebagai saksi kes perbicaraan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya.

Salma Syahbuddin