Categories: HiburanTrending

Jenuh Nak Menjawab Di Akhirat Nanti… Idzham Ismail Tolak ‘Job’ Promosi Judi Walaupun Bayaran Mahal

Pelakon Idzham Ismail memberitahu dirinya pernah menerima tawaran yang lumayan bagi mempromosikan perkhidmatan judi dalam talian.

Akui bayaran yang ditawarkan adalah tinggi, pelakon drama Leftenan Zana itu hampir menerima lamaran tersebut tanpa berfikir panjang.

“Mereka tawarkan pada saya banyak kali dengan jumlah yang besar dan menggoda,” katanya.

Memetik laporan mStar, meskipun tawaran tersebut sudah cukup membuatkan dirinya rambang mata, Idzham bagaimanapun mengambil keputusan untuk menolak permintaan itu kerana bertentangan syariat Islam.

“Tapi saya tolak untuk buat….Biarlah tak kaya asalkan dapat rezeki halal,” ujarnya.

Dalam pada itu, model tinggi lampai itu masih waras dan mengetahui hukum hakam serta perkara yang ditegah dalam agama.

Idzham tidak mahu menanggung dosa akibat kelalaian serta ketamakan demi ganjaran duniawi semata-mata.

“Saya sentiasa pegang prinsip dan tanggungjawab. Tak nak menjawab kat akhirat nanti,” ujarnya.

Sumber : mStar

Syamir Shafie