Categories: SelebritiTrending

“Sedihlah Ramai Betul Bercerai, Doakan Hubungan Ini Kekal Sampai Bila-Bila” – Wawa Zainal

Sejak kebelakangan ini, banyak berita mengenai isu keretakkan rumah tangga dalam kalangan selebriti mahupun pempengaruh media sosial.

Susulan itu, pelakon dan usahawan Wawa Zainal turut meluahkan kegusarannya dengan berita sedemikian.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Wawa berkongsi video yang memaparkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Aeril Zafrel.

Pada hantaran itu, Wawa mengakui sedih mendapat berita tentang penceraian walaupun sudah terbina lama.

“Sedih la ramai betul bercerai even dah 10 years 15 years kahwin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Wawa juga memohon orang ramai supaya mendoakan rumah tangganya kekal selamanya.

“Korang doakan hubungan ini kekal sampai bila-bila,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Sudah Tahu Awal Mawar Rashid Nak Berpisah Dengan Suami, Wawa Zainal Doakan Mereka Kembali Bersatu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Tanya Bila Nak Cerai Semasa Sesi ‘Live’, Wawa Zainal Bengang – “Kau Sangat S*ndal Ye Mira”

Atiqah Johari