Hiburan By: Salma Syahbuddin July 19, 2018 @ 3:15am

Julia Farhana Akui Nervous Bersama Erwin Dawson?

Pelakon cantik berdarah campuran Melayu-Itali ini bukan sahaja sangat peramah dan mesra dengan senyuman, tetapi sifat positifnya dalam menjawab setiap soalan membuatkan rakan wartawan sangat selesa bersamanya walaupun sebelum ini dirinya pernah terpalit dengan isu kontroversi kerana dilabel sebagai diva.

Julia ketika ditanya mengenai hubungannya bersama pelakon yang semakin mendapat tempat dihati peminat, Erwin Dawson mengakui hubungan percintaan mereka masih berjalan dengan lancar dan gembira kerana telah bertemu dengan seseorang yang sangat baik dan boleh mengubah dirinya.

” Erwin memang seorang yang baik walaupun beliau merupakan seorang yang sangat jeles lain macam.Tetapi, apa yang Julia lihat Erwin sangatlah fatherly dan boleh jadi ketua keluarga yang baik. Erwin juga sukakan budak-budak dan dia adalah seorang yang boleh mengubah diri Julia untuk menjadi lebih baik, tu pasal i sayang sangat kat dia.”

Sama seperti kekasihnya, Julia tidak pernah menolak dan sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya. 

” Memang kalau boleh lagi cepat, lagi bagus. Both of us memang sangat simple dan in-shaa allah next year tengah prepared…”

Selain itu, ketika ditanya perasaan beliau jika digandingkan untuk berlakon bersama-sama, Julia sama sekali tidak menafikan yang dirinya akan berasa  sedikit nervous.

” First of all i akan nervous because kita tak pernah dapat kerjasama dan kita kenal bukan dekat set,so ada sekali je kita pernah ada scene itupun sebab dia datang lawat i dekat set tiba-tiba director minta Erwin ganti satu scene ni, it was so awkard and kita akan gelak je all that way. But, if let say kita dapat berlakon bersama-sama i would loved too work with him in one set sebab benda tu akan jadi very challenging to work on set together.” Jelasnya ketika ditemui pada sesi pengambaran drama Kopi di Elmina Residence, Shah Alam semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] ‘Sound’ Orang Bodoh, Ramai Netizen Sokong Zulin Aziz! – “Bila Marah Auto Jadi Ziana Zain”

Min setuju dengan Zulin! Buat penat diri sendiri je kalau layan orang bodoh 😌

Cahaya Mata Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Thu, 23 Nov 2023

“Izin & Restu Suami Itu Perlu” – Fattah Amin Tak Kongkong Isteri

Fattah Amin tak kongkong isteri, Nur Fazura.

Hiburan Sat, 20 Apr 2024