Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 7, 2021 @ 6:40pm

“Junjung Kasih Tuanku” – Fazura Terharu Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Pakai Tudung Harga Kurang RM30

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura kagum dan berbesar hati apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan memakai tudung jenama keluarannya yang hanya berharga kurang  daripada RM30.

Fazura berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya berserta gambar Tengku Permaisuri Selangor dalam satu majlis simbolik penyerahan sumbangan Alat Bantuan Belajar (tablet) kepada pelajar asnaf fakir dan miskin Lembaga Zakat Selangor di  Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati.

“Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura,”tulisnya.

Menurut Fazura, sifat merendah diri yang ditunjukkan Tengku Permaisuri Selangor begitu menginsafkan lebih-lebih lagi sekarang ini masyarakat sering disajikan dengan kisah-kisah hartawan.

“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.

“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Terdahulu, anak Fazura, Nur Fatima Aisya telah menerima hadiah berupa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor sempena ulang tahun pertama kelahirannya yang disambut pada 2 Oktober lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Berseri Pakai Busana Serba Putih, Majlis Sanding Mizz Nina & Suami Di KL Penuh Intimate!

Sweetnyaaaa 🥰🥰 Manis senyuman Mizz Nina terpancar kebahagiaannya dengan suami, Essam Muhammad 🥰

Hiburan Fri, 6 Jun 2025

[VIDEO] “Kalau Sangkut Dalam Satu Plot, Kau Tak Layak Hidup” – Sharnaaz Ahmad Pesan Jangan Terlalu Berduka Bila Putus Cinta

Sharnaaz Ahmad anggap setiap individu dalam hidup hanya satu babak, tak kekal selamanya

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Muncul Dengan Album Terbaharu The Storm, Impian Alyph Mahu Berkolaborasi Bersama Ziana Zain Terlaksana

Lagu Teman dan Gerak kolaborasi bersama Ziana Zain dimuatkan dalam album terbaharu Alyph berjudul The Storm.

Hiburan Sun, 23 Feb 2020
Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Nelissa Nezam langgar pantang?

Tapi kalau macam ni punya ‘hot’ lah, terus berkobar-kobar rasa nak ke gim. 

Hiburan Thu, 5 Mar 2026
Hiburan Sat, 2 Nov 2019

‘Buat Apa Nak Takut’- Amyra Rosli Komen Imej Baharu

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

Featured Mon, 8 Sep 2025

“Saya Tak Pernah Niat Join Sumud Sebab Nak Jadi Sebutan” – Farah Lee

Farah Lee sertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bukan untuk menjadi sebutan.

error: Content is protected !!