Jurnal Minggu Ke-8 : #daiTV3 Beriadah Sambil Terokai Pengalaman Jadi Buruh Binaan

Pejam celik-pejam celik, Da’i musim ke 6 telahpun masuk minggu ke 8 pada minggu ini. Sekejap je masa berlalu bukan? Para pendakwah nusantara kita nampaknya telah melalui minggu-minggu sukar dan minggu-minggu membahagiakan mereka. Betul tak?

Mana taknya, minggu sukar adalah minggu dimana mereka perlu berusaha dalam memantapkan dakwah mereka disamping kehilangan rakan-rakan yang tidak dapat sama-sama merasai sendiri pengalaman berdakwah di pentas Da’i. 

Namun, bagi membuatkan mereka lebih kreatif dan kritis dalam memberikan idea, baru-baru ini para da’i telahpun dibawa beriadah di sungai Congkak. Maklumlah, mereka pun perlu jauh dari kesibukan kota dan merehatkan minda mereka sebelum kembali sibuk dengan tugasan masing-masing.

Selain dari aktivit beriadah, mereka juga turut diberikan peluang utnuk merasai sendiri pengalaman menjadi buruh binaan. Kalau nak tahu bagaimana para #daiTV3 ini berhempas-pulas menyiapkan tugasan mereka.

Jom sama-sama kita saksikan jurnal Da’i pada setiap Jumaat, jam 7.55 petang hanya di  tonton.com.my, Youtube TV3 Official dan LIVE TV di www.xtra.com.my

Salma Syahbuddin