“Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini” – Tular Video Kata Terakhir Tyzo Pada DJ Lin Suria Cinta

Berita mengenai penamatan penyampai radio Suria FM, Tyzo sebagai deejay di segment petang bersama Sharifah Shahira ternyata telah mengecewakan ramai peminatnya.

Pemenang penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 ini mengakui tidak reda atas takdir ini kerana perkara tersebut bukan keputusannya.

Artikel Berkaitan: “Ini Harga Kena Bayar Untuk Kemenangan Penyampai Radio Popular ABPBH35,” – Dedah Dikhianati, Tyzo Tak Reda ‘Dibuang’ Radio

Berdasarkan pemerhatian XTRA, tular sebuah video memaparkan kata-kata terakhir Tyzo kepada Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin.

Dalam video tersebut, Tyzo mengucapkan terima kasih kepada DJ Lin atas ‘penganiayaan’ terhadapnya.

“Kak Lin, terima kasih atas penganiayaan ini,” katanya dalam video siaran langsung yang telah disunting oleh netizen itu di platform X.

Susulan itu, menjengah ke ruangan balas ciapan tersebut ramai yang meluahkan rasa berang terhadap DJ Lin sekiranya benar dia mempunyai perasaan hasad dengki terhadap Tyzo seperti didakwa ramai.

Malah, ada juga netizen mendakwa terdapat konflik antara Tyzo dan DJ Lin gara-gara tidak memenangi trofi ABPBH35.

Meskipun DJ Lin teruk dikecam di Instagram, namun penyampai radio di segment malam itu langsung tidak mengendahkan segala kritikan netizen.

Aqilah Paharuzi