“Kalau Dia Tak Naik Pentas, Saya Akan Nangis” – Sweet Qismina Terharu Kekasih Menang ABPBH

Hubungan antara artis Sweet Qismina dengan kekasihnya, Adam Lee yang baru sahaja memenangi Artis Baru lelaki Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) kini menjadi bualan netizen apabila reaksi positif sering diterima oleh peminat kedua-duanya mengenai hubungan mereka.

 

Sweet yang ditemui semasa pelancaran filem Pusaka pada Khamis lalu berkata, dia sangat terharu dengan kemenangan Adam dan hampir menangis jika kekasihnya itu  tidak memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular. Sweetnya!

“Sweet pun mempunyai impian dan goals sendiri dalam industri jadi apabila melihat Adam naik atas pentas memang satu kejayaan besar buat dirinya,” katanya kepada Xtra.

Tambahnya, Adam masih baru dalam industri dan banyak lagi yang perlu dicapai dalam industri dunia hiburan ini khasnya dalam dunia lakonan.

 

 

Sweet mengakui, dalam industri ini ramai pelakon baru, dan komitmen yang tinggi amat perlu untuk berjaya. Turut memuji pelakon seperti Syafiq Kyle yang dilihat bekerja keras dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap dunia lakonan sehingga beliau berjaya mencapai tahap kejayaan seperti harini.

“Akhirnya ramai yang sedar dengan bakat Adam dan sudah menjadi rezeki dia. Ini bukan satu anugerah yang boleh diperlekehkan dan menjadi satu tanggungjawab untuk Adam tunjuk kepada orang ramai yang dia memang layak untuk memegang anugerah tersebut.” Tambahnya.

Wah, sesuai dengan namanya Sweet Qismina, beliau meminta peminat agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Adam, tiadk kiralah dalam kerjaya seni mahupun mereka berdua.

Ditulis Oleh: Dina Azmi

Ad Ops