“Kalau Kata ‘Aunty Lapar’ Buat Pekak Je, Tapi Panggil ‘Mummy’ 7 Saat Terus Siap Makanan” – Watie Hanifiah

Isteri pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah sering menjadi tumpuan ramai di platform media sosial yang dilihat sangat mesra bersama anak-anak tirinya itu.

Terkini, menerusi sebuah video tular di TikTok, anak kedua Shuib bernama Dzahira Talita atau lebih mesra disapa Dekta meminta Watie menyanyi.

Namun video belakang tabir itu memaparkan Dekta tersasul memanggil Watie dengan panggil ‘aunty’ dan bukan dengan panggilan ‘mummy’.

“Mummy, Dekta bosan lah. Nak aunty… ehh,” katanya lantas tertawa.

Dalam video itu juga, Watie mengusik Dekta akibat kesilapannya itu.

“Dia macam tu lah, kalau dia lapar panggil ‘aunty lapar’ kita buat pekak je.

“Tapi kalau panggil ‘mummy lapar’, zap terus masak 7 saat siap.. lah gituuu,” katanya berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Watie yang boleh dikatakan seorang ‘masuk air’.

Ada juga segelintir daripada mereka yang memahami tujuan Watie meminta anak-anak Shuib memanggilnya Watie iaitu atas dasar hormat.

“Dalam tak sedar sebenarnye watie nk ajar anak-anak dia utk hormat dan sayang dia sebgai seorang ibu bukan ibu tiri..,” tulis netizen berkenaan.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 2.1 juta tontonan, 100,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.

Aqilah Paharuzi