“Kalau Tak Boleh Cakap Kedah, Tukar Ja Screenplay” – Che Ta Meluat, Pelakon Bertutur Loghat Utara Macam…

Pelakon cantik, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta meluahkan rasa kurang senangnya terhadap segelintir pelakon yang menggunakan loghat utara dalam drama lakonan mereka.

Perkara itu dikongsikan Che Ta menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram story miliknya.

“Meluat pula dengar mereka berlakon cakap utara macam orang lidah pendek. Kalau tak boleh cakap Kedah, tukar saja ‘screenplay’. Tak payahlah buat kata orang utara! Lemas perut dengar!” tulisnya.

Menurut Che Ta, walaupun segelintir pelakon itu bukan berasal dari utara dan perlu bertutur loghat tersebut, mereka perlulah bijak dan mengambil inisiatif lain seperti mempelajari cara sebutan agar perkataan yang dituturkan kelak mudah difahami dan bukannya bercakap seperti orang ‘lidah pendek’.

Sementara itu, menerusi hantaran yang sama juga Che Ta sempat berkongsi antara contoh perkataan yang tidak tepat dan kedengaran aneh mengikut perspektifnya.

 

 

Sumber: Rotikaya

Salma Syahbuddin